Donald Trump mendengar bacaan al-Quran selepas beliau menghadiri upacara doa kebangsaan dalam minggu pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Bacaan al-Quran itu disampaikan imam terkenal di Washington, Imam Mohamed Magid, yang memetik surah al-Hujarat ayat ke 13.
Upacara doa yang diadakan di dalam sebuah gereja turut diperdengarkan bacaan doa dari agama lain.