Menantu perempuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Vanessa dimasukkan ke hospital di New York pada Isnin lalu sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima 'pakej mencurigakan' yang mengandungi serbuk tidak dikenal pasti yang dihantar ke rumahnya.
Media AS melaporkan surat tersebut mengandungi serbuk putih.
Bagaimanapun, memetik jurucakap polis, serbuk itu diuji dan didapati ia adalah tepung jagung dan tidak berbahaya.