Surprise Me!

‘Expectation’ terlalu tinggi jadi cabaran besar pengarah Kampung People 2

2020-09-18 58 Dailymotion

BILA sebut drama Kampung People, semestinya penonton akan teringat watak Razif, Mona dan anak-anaknya yang kecoh apabila terpaksa berpindah ke kampung.

Mula ditayangkan pada 17 September, Kampung People 2 akan menemui penonton menerusi slot Lestary setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Menurut pengarah drama ini, Wan Hasliza Wan Zainuddin, cabaran yang paling sukar adalah untuk memenuhi jangkaan penonton yang agak tinggi berikutan kejayaan musim pertama.

“Untuk satu team, cabaran kami adalah expectation penonton yang agak tinggi dan pada kami cabaran paling besar adalah untuk mendapatkan cerita yang dapat memuaskan hati semua orang,” ujarnya.

Tambah Wan Hasliza, pelbagai watak baharu yang lebih menarik akan ditonjolkan pada musim baharu ini, antaranya Dona yang dilakonkan oleh Adibah Noor dan Madame Mah lakonan Kismah Johar.

Bagi pelakon utama Rashidi Ishak yang membawa watak Razif, karakternya masih sama seperti musim lalu, namun lebih banyak unsur jenaka spontan.

“Pihak penerbit panggil untuk brainstorm idea, saya terlibat dengan konsep dan idea... ianya lebih compact,” katanya kepada mStar.

Drama Kampung People 2 akan ditayangkan menerusi slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.