Surprise Me!

Apa selepas ini di Kashmir?

2022-03-15 0 Dailymotion

Isu Kashmir jika tidak ditangani dengan bijak boleh menjerumus kepada konflik lebih buruk selain menggugatkan keamanan di rantau Asia Selatan.

Itu pandangan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya yang juga Pakar Asia Selatan, Dr Azharuddin Mohamed Dali.

Antara lain beliau melihat, tindakan India melucutkan keistimewaan Kashmir yang termaktub di bawah Artikel 370, dua hari lepas, berupaya bukan sahaja mencetuskan keganasan, tetapi juga provokasi yang berpotensi menggoncang hubungan New Delhi-Islamabad.