Sukan tentunya menjadi salah satu faktor bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan warga Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan prototaip Footbraille, yang dapat membantu komuniti cacat penglihatan menikmati perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung.