Puluhan ribu ikan ditemui mati di tebing sebuah tasik di kawasan perlindungan di utara Greece pada Khamis, akibat suhu tinggi dan kemarau berpanjangan. Pegawai alam sekitar negeri berkata, paras air di Tasik Koroneia menurun lebih daripada 70 peratus sejak tiga tahun lalu.