Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sumbangan RM5 juta daripada lima syarikat untuk tabung COVID-19.
Lima syarikat tersebut melibatkan Spanco, diwakili oleh Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang menyumbang RM2 juta, diikuti DRB Hicom, MMC Berhad dan YTL Corporation berhad masing-masing menghulurkan sumbangan RM1 juta.