Kerajaan Negeri Selangor akan menggerakkan perkhidmatan Bas Selangorku bagi membawa ke semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk dibawa ke tempat kuarantin khusus.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini membabitkan mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA dan Lapangan Terbang Subang.