Pasukan Business Sustainability Taskforce COVID-19 menyifatkan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak seimbang antara usahawan syarikat mikro dan kecil di negara ini.
Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Dr At.Kumararajah, syarikat mikro yang merangkumi 700 ribu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hanya diberi peruntukan RM700 juta berbanding 300 ribu syarikat kecil yang disalurkan bantuan RM10 bilion.