Surprise Me!

Legenda Leeds United Norman Hunter meninggal dunia akibat COVID-19

2022-03-18 0 Dailymotion

Legenda skuad kebangsaan England dan Leeds United, Norman Hunter meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas seminggu terlantar di hospital akibat wabak COVID-19.

Bekas pemain pertahanan tengah yang membuat 28 penampilan bersama England dan juga sebahagian dari skuad yang menjulang Piala Dunia 1966 meninggal dunia selepas disahkan positif wabak pandemik berkenaan.