Seorang Pegawai Kanan Polis maut selepas kereta peronda yang dinaiki bersama dua anggotanya terbabas sebelum terbalik di Alor Setar pada Ahad.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi, mangsa, asisten Superintendan Aldrin Anak Gonda, yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan di bahagian kepala.