Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka 238 kertas siasatan berhubung berita palsu COVID-19, setakat Isnin.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 170 masih dalam siasatan manakala 24 individu telah didakwa di mahkamah, dengan 13 orang mengaku bersalah.