Kerajaan kekal dengan pendirian untuk meneruskan sidang Dewan Rakyat selama satu hari pada 18 Mei ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pendirian bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai diadakan.