Keputusan membenarkan pemain industri mencergaskan semula ekonomi ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan sokongan data dan kajian.
Ini kerana ada kawasan yang telah dikategorikan sebagai zon hijau iaitu tiada jangkitan lebih 14 hari dan selamat untuk memulakan semula pembukaan ekonomi.