Surprise Me!

Padang kawad bukan lagi medan pemakaian pangkat

2022-03-19 2 Dailymotion

Desc: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melangsungkan Majlis Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Muda Tentera Darat Malaysia yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, pertama kali sejak negara dilanda pendemik.

Pada majlis itu, 147 orang graduan UPNM Tentera Darat iaitu 89 graduan lelaki dan 58 graduan wanita yang menjalani latihan akademik di UPNM dan modul ketenteraan di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat berpangkat Leftenan Muda.