79 peratus usahawan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak menyatakan perniagaan mereka hanya mampu beroperasi dalam tempoh 1-3 bulan.
Manakala 47 peratus pula hanya akan pulih semula dalam tempoh 6 bulan selepas PKP.
Ini dapatan kaji selidik yang dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak yang melibatkan hampir 3,000 responden dalam peringkat PKP 1 dan 2.