Seorang penjaga pakir maut dilanggar kereta selepas selesai mengutip duit pakir di Pekan Melayu, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, Alor Setar, kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Kejadian berlaku ketika sebuah kereta dikatakan sedang berundur dan tidak menyedari mangsa berada di belakang kenderaan tersebut.