Sembilan individu termasuk dua tekong warga Indonesia dan seorang tekong tempatan ditahan anggota Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang menyamar di celah kumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Penahanan itu dibuat selepas anggota Quick Reaction Force (QRF) menyusup masuk bersama kumpulan pati yang sedang menunggu bot untuk mengambil mereka.