Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan.
Khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Peguam utama Rosmah, Datuk Jagjit Singh berhujah, sekiranya tidak terdapat sebarang surat pelantikan.
Maka bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu seharusnya secara terhormat perlu memilih untuk tidak melibatkan diri dalam prosiding kes tersebut.