Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, MEF mendedahkan ada pekerja yang sanggup diberhentikan daripada menerima perubahan sementara dilakukan syarikat susulan impak COVID-19.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pekerja dan pihak kesatuan sekerja sepatutnya membantu syarikat untuk bertahan lama dalam menghadapi pemulihan ekonomi.