Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan dipinda pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang dengan meningkatkan nilai denda kepada 1 juta ringgit.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pindaan itu akan turut melibatkan beberapa lagi peruntukan lain susulan siri pencemaran air di negeri itu.
Jelasnya, penguatkuasaan sahaja tidak memadai sebaliknya memerlukan satu peruntukan undang-undang yang lebih tegas agar wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat.