Kampus induk Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah ditutup bermula jam 12.01 malam pada 5 Oktober 2020 sehingga 8 Oktober 2020 bagi mengekang penularan virus COVID-19.
Universiti itu dalam satu kenyataan berkata, semua sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bagi pelajar asasi perlu dibuat secara dalam talian.