Padah menyimpan pistol tiruan, empat sahabat diberkas di hadapan sebuah kawasan peranginan di Pantai Teluk Lipat, Dungun pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata suspek yang berusia antara 18 hingga 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil sekitar jam 9 pagi.