Kerajaan Perikatan Nasional disaran untuk menggunapakai konsep ‘Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan’ dengan parti pembangkang sebagai langkah memastikan Dewan Rakyat dapat meluluskan Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia lebih berkesan berbanding langkah mengusahakan pengisytiharan darurat seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini.