Surprise Me!

Pengalaman berharga Luqman Hakim diturunkan lawan Anderlecht

2022-03-21 0 Dailymotion

Mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama diturunkan beraksi dalam saingan divisyen utama Liga Eropah.

Namun penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akui berdepan cabaran komunikasi pada penampilannya menentang RSC Anderlecht Sabtu lalu.

Walaupun hanya beraksi 16 minit terakhir, pemain berusia 18 tahun itu akui ia peluang dan pengalaman sangat berharga kerana diberi kepercayaan.