Kerajaan yang dikuasai oleh Pas tidak akan menawarkan sebarang jawatan dalam kerajaan kepada rakan sekutunya UMNO. Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, jawatan dalam kerajaan Kelantan dan Terengganu tidak ditawarkan kepada wakil rakyat UMNO kerana dua kerajaan itu terbina sebelum adanya Muafakat Nasional.