Penduduk di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan kembali projek pembinaan Jambatan Palekbang-Kota Bharu yang tertangguh selama 10 tahun.
Walaupun penduduk kampung berkenaan akur dengan pembangunan berkenaan namun, mereka berharap, perkampungan itu akan dapat dipelihara.
Ini kerana, Kampung Palekbang merupakan kawasan kampung bersejarah sejak sekian lama.