Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook yang belum diketahui identitinya, susulan penularan berita palsu berkait pelantikan lima lagi Exco Perak.
Mohd Annuar berkata kenyataan itu disifatkan berniat jahat kerana menjatuhkan kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Negara Perak, sekaligus boleh menjejaskan nama baik pihak Istana Perak.