Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebelum kes menular, KKM mempunyai jangkaan kebolehjangkitan di Selangor kerana pergerakan orang ramai, kepadatan penduduk serta pekerja-pekerja warga asing di kilang.
Dalam masa sama, beliau memberitahu, sehingga 23 Disember 2020, 2,001 telah disaring dalam Kluster Pasar Baru dan daripada jumlah itu sebanyak 318 kes positif, 1,583 orang menunggu keputusan dan 100 kes negatif .