Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela tergendala pagi ini susulan kebakaran yang berlaku di bahagian hadapan monorel tersebut dan sebuah gerabak penumpang.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.