Kereta elektrik menjadi tarikan dan tumpuan utama pada Pameran kereta Shanghai tahun ini dengan pelbagai syarikat melancarkan kereta jenis itu bagi memberi pelanggan akses ke bandar zon sifar pelepasan. Ketika dunia belum pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19, penjualan kereta di China kembali menyaksikan peningkatan pada suku pertama tahun ini.