Kisah penderaan tidak pernah lapuk untuk diperkatakan, selagi kes seumpamanya terus menghantui masyarakat. Ada sahaja berita dilaporkan mengenai kesengsaraan kanak-kanak mangsa dera dan pengabaian.
Paling menyedihkan apabila pendera itu adalah ibu bapa sendiri. Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat berlindung dan syurga bagi kanak-kanak, tetapi sebaliknya yang berlaku.