Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan institusi pengajian tinggi seperti universiti harus lebih terbuka dan bebas dalam menerima pandangan mahasiswa. Jelasnya, ruang perlu diberikan kepada mahasiswa agar mutu universiti dapat ditingkatkan.