Surprise Me!

_Era Kecerdasan Buatan_ Menghadapi Masa Depan yang Dikuasai AI_

2024-09-13 15 Dailymotion


@RecentTimes-113
22 hours ago
--- generasi (umum #2) ---

Setiap individu di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing.. sama ada kelebihan semula jadi sejak dari lahir atau pun kelebihan yang diperolehi melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman..

seperti kebijaksanaan, kecerdasan@genius, kepetahan berbicara, berkeyakinan diri, berperwatakan menarik, berkarisma, good looking, berkemahiran tinggi, daya cipta, kreatif, kemahiran melukis, pakar matematik, bersukan dan sebagainya..

dan alangkah beruntungnya sekiranya kelebihan-kelebihan itu disulami sempurna dengan nilai 'hati nurani' yang tinggi dalam diri.. kerana itulah asas utama untuk sebuah kehidupan yang sejahtera seluruhnya..

agar apabila individu itu semakin meningkat dewasa.. ia akan menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk kebaikan.

Malangnya jika sebaliknya..

.. seandainya asas yang utama itu tidak dijadikan sandaran dalam kehidupan.. seseorang itu akan terleka dan terbuai dengan kelebihan yang ada padanya dan berkemungkinan akan menggunakan kelebihannya pada jalan yang salah yang akhirnya memakan diri dan membawa kehancuran pada dirinya sendiri serta kemudaratan pada orang lain di sekelilingnya.

seperti menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya dan memanipulasi orang lain demi untuk kepentingan dan memenuhi hawa nafsunya tanpa memikirkan dosa dan kesan ke atas orang yang dianiaya.

seperti juga yang sedang berleluasa berlaku pada zaman kini.. iaitu penyalahgunaan terhadap kemahiran dan kepakaran di dalam bidang@platform aplikasi teknologi maya.. seperti jenayah siber, penipuan online, scamming dan seumpamanya..

sebagaimana yang kita sedia maklum.. kesan dan skala ‘kerosakan’ dari penyalahgunaan teknologi maya@jenayah siber ini adalah lebih besar.. ditambah pula ledakan dari penyalahgunaan terhadap kepesatan pembangunan sistem teknologi terkini iaitu Artificial Intelligence(AI).

Selain daripada usaha untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan siber yang mantap oleh pihak yang berwajib..

.. usaha dalam pembentukan jati diri yang teguh pada setiap individu haruslah menjadi suatu keutamaan dan dilaksanakan..

penerapan nilai-nilai murni seperti kemanusiaan, kemasyarakatan, nilai kekeluargaan, berkasih sayang, saling menghormati, rasa empati dalam diri setiap individu haruslah disematkan sedari dari kecil.

meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. Serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya..

.. dengan ini seseorang itu berupaya untuk memahami akan sebuah tanggungjawab yang hakiki dari setiap kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya.

Begitulah hal-hal mengenai kelebihan@kebolehan@'gifted' yang ada pada setiap individu.. ianya dianugerahkan bukanlah untuk suka-suka.. tetapi ia datang bersama tujuan, ujian dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul.