Hanya tiga hari seminggu, deretan gerai yang menjual terung asam Sarawak, jeruk bambangan, ikan masin terubuk dan sayur kampung akan mula dibuka seawal jam 6 pagi, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Suasana pasar yang riuh rendah dan berwarna-warni ini menjadi medan pertemuan anak perantau dari Sabah dan Sarawak yang merindui ‘rasa’ kampung halaman.
Terletak di Taman Megah Ria, Masai, Pasar Borneo menjadi tumpuan bukan sahaja warga Malaysia Timur yang menetap di Johor, malah pengunjung tempatan yang ingin mencuba sendiri kelainan budaya Borneo.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729618/edisi/johor/rasa-borneo-di-tengah-masai
Muzik: New Horizan by Indie Box oleh www.Bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PasarBorneo #DestinasiJohor