Syabas Yana Samsudin, akhirnya berjaya genggam Master in Corporate Management dari Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) pada 10 November lepas.
Seorang yang penyayang dan rajin belajar, @yanasamsudin buktikan bahawa ilmu tidak mengenal usia. Kini beliau bukan sahaja bergelar ibu, isteri, usahawan dan selebriti, bahkan graduan UMPSA.
Yana hadir ke Majlis Konvokesyen UMPSA ke-20 ditemani ibu dan suaminya, meraikan detik bermakna apabila berjaya menamatkan pengajian. Beliau menggenggam Master daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof Dr Yatimah Alias di Dewan Kompleks Sukan UMPSA.
Kredit: UMPSA
#inspirasiwanita
#majalahnona
#wanita