PENYANYI Baby Shima sekali lagi mengundang kontroversi apabila lirik lagu terbaharunya Masuk Lagi dikatakan mengandungi unsur lucah.
Selain netizen, penyanyi Haiza turut menyuarakan rasa kurang senang dengan isu tersebut.
Penyampai radio Kool FM itu juga menyuarakan kebimbangan dengan situasi tersebut.
Dia tidak mahu disebabkan seorang artis berbuat demikian, penyanyi lain turut terpalit dilabel negatif oleh orang ramai.
Bahkan, Haiza meminta supaya tidak menormalisasikan lagu berunsurkan lucah dalam budaya orang Malaysia yang mempunyai pelbagai peringkat usia.
Dia berkata demikian ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Kenduri Rakyat Haiza yang diadakan bersempena kemenangannya sebagai Penyampai Radio Popular baru-baru ini.