Surprise Me!

Tiga atau empat pegawai kanan tentera bakal dituduh minggu depan

2026-01-15 316 Dailymotion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan siasatan terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh tiga atau empat individu berkait kes rasuah melibatkan tender perolehan ATM dan salah guna dana.