CEF selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini tampil dengan satu kenyataan menasihatkan kaum lelaki agar tidak mudah terpesona dengan kecantikan yang terlalu ‘dibina’ menerusi solekan tebal semata-mata.
Kongsinya, pentingnya mengenali wajah asli seseorang wanita sebelum jatuh hati untuk mengelakkan rasa kecewa kemudian hari.
Pelbagai reaksi netizen diterima impak daripada perkongsian duda anak empat itu.
SinarPlus berkesempatan bertanyakan respon primadona filem Melayu yang juga bekas ratu cantik Miss Malaysia 1992 mengenai isu tersebut. Tidak ketinggalan suami tersayang, Ezwan Zain turut berkongsi pandangan.
Pasangan pengantin baharu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Amelia Jewellery di Shah Alam.