Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebaliknya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767700/berita/nasional/kerajaan-tolak-pendekatan-pengapungan-harga-pilih-lindungi-rakyat---pm
#SinarHarian #BeritaSemasa #Subsidi #Parlimen