Surprise Me!

RODA PANAS QUICK CHECK : QJMOTOR SRK 921 NAKED

2026-03-10 47 Dailymotion

QJMotor SRK 921 hadir dengan enjin empat silinder 921cc yang mampu menghasilkan sekitar 129 hp, dipadankan dengan 6-speed gearbox, quickshifter up/down serta slipper clutch untuk prestasi tunggangan yang lebih agresif.

Dari segi casis, ia menggunakan rangka hybrid steel-aluminium dengan single-sided swingarm, suspensi Marzocchi boleh laras, serta sistem brek Brembo untuk kuasa membrek yang lebih meyakinkan.

Teknologinya juga lengkap dengan IMU 6-axis, cornering ABS, traction control, tiga mod tunggangan, paparan TFT 5 inci, TPMS serta dashcam terbina dalam.

Persoalannya, adakah QJMotor SRK 921 ini bakal memasuki pasaran Malaysia?

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi, namun melihat QJMotor sudah mula membawa beberapa model ke rantau Asia Tenggara, tidak mustahil model "naked: empat silinder ini akan muncul di Malaysia pada masa akan datang.

#rodapanas #rodapanasmy #rodapanasmalaysia