Surprise Me!

Keringat rezeki terik matahari

2026-03-12 3,475 Dailymotion

Keringat rezeki terik matahari

Berhadapan cuaca tidak menentu, musim tengkujuh dan risiko banjir, nelayan serta pesawah sering berdepan cabaran besar dalam memastikan sumber rezeki mereka terus terpelihara.

Melalui Belanjawan 2026, pelbagai bantuan dan sokongan disalurkan bagi membantu golongan ini bangkit semula selepas berdepan bencana serta memastikan kelangsungan pengeluaran makanan negara.

Antara usaha penting ialah Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang menyediakan perlindungan kepada pesawah apabila berlaku kerosakan tanaman akibat banjir, penyakit atau bencana.