Lotus’s raikan jasa penghantar gig menerusi inisiatif #KitakanJiran
Di sebalik setiap pesanan yang sampai ke pintu rumah, ada usaha rakyat Malaysia yang bekerja tanpa henti di jalan raya.
Menyedari pengorbanan itu, Lotus’s Malaysia menerusi inisiatif #KitakanJiran berkongsi juadah iftar kepada penghantar gig di beberapa lokasi seluruh negara.
Program ini bukan sekadar agihan makanan, tetapi simbol penghargaan kepada mereka yang memastikan barangan keperluan sampai tepat pada masanya.