Pendakwah bebas, Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lalu. Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.