Lapan lelaki ditahan reman bantu kes cedera polis
Lapan lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga mencederakan anggota polis dalam satu insiden di sebuah flat di Jalan Sungai, George Town, malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam apabila pusat kawalan daerah menerima permintaan bantuan daripada anggota polis yang berdepan kesukaran ketika menjalankan tugas penguatkuasaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772943/berita/semasa/lapan-lelaki-ditahan-reman-bantu-kes-cedera-polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #lapanlelakiditahan #PDRM #keshalangtugaspenjawatawam #kesjenayah