Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendenda blogger Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris, RM4,000 selepas mensabitkannya atas pertuduhan membuat penerbitan menghasut yang menghina Yang di‑Pertuan Agong. Kesalahan dilakukan melalui aplikasi X pada April 2024 dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.