Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih berteka-teki mengenai status 'rumah baharu' yang bakal diumumkan malah turut memberi bayangan bahawa wadah politik tersebut mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774293/berita/politik/parti-saya-mungkin-sudah-ada-dalam-pn---hamzah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #PN #HamzahZainudin