Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kira-kira RM500,000. Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan membabitkan kontrak kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di Sabah.