Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan perkhidmatan bas ulang alik percuma yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan jemaah haji Malaysia bergerak dari hotel penginapan ke Masjidil Haram sepanjang musim haji 1447H/2026M.
Lapan bas dikhususkan untuk perkhidmatan ini, yang menghubungkan Hotel Abraj Al Tayseer ke Stesyen Bas Jarwal berhampiran Dataran Masjidil Haram.
#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026