Surprise Me!

Waspada kos badal haji murah

2026-05-03 2,380 Dailymotion

Umat Islam diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran perkhidmatan badal haji yang ditawarkan pada harga terlalu rendah, khususnya di bawah RM9,500 atau 9,000 riyal, kerana dikhuatiri tidak selari dengan kos sebenar pelaksanaan ibadah tersebut di Tanah Suci, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, kadar berkenaan menimbulkan keraguan kerana harga pakej haji yang ditawarkan kepada pemastautin di Arab Saudi sendiri mencecah sekitar 9,000 hingga 10,000 riyal.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778270/berita/nasional/waspada-kos-badal-haji-murah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarianĀ #BeritaSemasa #Jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH #BadarHaji